Blogger Crew Forum
Sila Daftar Untuk Join Forum Ini.. Setiap Pendaftaran / Post / Masej Ada Pointernya Di Forum Ini. Semua Free Sahaja.. Jika ada Problem.. Sila Report. Untuk Topic Hacking adalah Private.. So Kena Register dulu ya.. Terima Kasih -Admin-

Join the forum, it's quick and easy

Blogger Crew Forum
Sila Daftar Untuk Join Forum Ini.. Setiap Pendaftaran / Post / Masej Ada Pointernya Di Forum Ini. Semua Free Sahaja.. Jika ada Problem.. Sila Report. Untuk Topic Hacking adalah Private.. So Kena Register dulu ya.. Terima Kasih -Admin-
Blogger Crew Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 28 on Sat Jan 08, 2011 3:26 pm
Similar topics
Latest topics
» Produk Pulihkan Dara
Mohon maaf pertikai azan EmptyWed Mar 28, 2012 5:53 pm by Teratai Kayangan

» Formula Terkini Pulihkan Dara
Mohon maaf pertikai azan EmptyWed Mar 28, 2012 5:51 pm by Teratai Kayangan

» tawaran side income kepada mana-mana individu @ syarikat yang berminat
Mohon maaf pertikai azan EmptySun Jul 17, 2011 8:27 pm by mr.huzaifah

» Jana Pendapatan Dgn Hanya Klik Sajer,,,,
Mohon maaf pertikai azan EmptySun Jul 17, 2011 1:11 am by mohd_oi

» Dalang sebenar BERSIH, bukan Ambiga?
Mohon maaf pertikai azan EmptyMon Jul 11, 2011 9:26 am by blogger

» nak buat via i phone
Mohon maaf pertikai azan EmptyTue Jul 05, 2011 12:52 pm by zafana

» Agent Topup - jana pendapatan lumayan!
Mohon maaf pertikai azan EmptySun Jul 03, 2011 3:28 am by blogger

» Kami Benci Muka Buku!
Mohon maaf pertikai azan EmptyWed Jun 29, 2011 10:54 pm by Team Blogger Crew

» Status Via Ayahanda !
Mohon maaf pertikai azan EmptyWed Jun 29, 2011 12:12 pm by Team Blogger Crew

Facebook Pages
Chat Via Blogger Crew
Advertisement

Mohon maaf pertikai azan

Go down

Mohon maaf pertikai azan Empty Mohon maaf pertikai azan

Post  Team Blogger Crew Tue Jan 18, 2011 11:51 am

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: “Saya memohon maaf kepada umat Islam di seluruh negara disebabkan salah faham sebelum ini. Saya sebagai bukan Muslim mengakui tidak memahami antara azan Subuh dan ceramah.

“Saya perlu menjelaskan di sini bahawa merujuk kepada surat bertarikh 21 Disember 2010 yang saya hantar kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) di mana semua masalah ini disebabkan atau diasaskan oleh satu kekeliruan,” kata peguam, Ng Kian Nam, 31, berhubung isu azan di Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi.


Menurutnya, dia perlu mengaku bahawa sebagai seorang bukan Muslim, dia tidak dapat membezakan antara azan dan ceramah dan mengakui bahawa dia tidak pernah menyuruh dihentikan azan kerana mengetahui kepentingannya kepada agama Islam.

Ng yang menetap di Pantai Hill Park berhampiran masjid berkenaan sejak tahun 2000 itu berkata dia sudah mengadakan dialog yang jujur bersama ketua persatuan tempatan berhubung isu itu.


“Saya gembira kerana mereka memberikan tunjuk ajar kepada saya mengenai ilmu pengetahuan dan pengajaran Islam. Saya menyesal andainya isu ini menyinggung mana-mana pihak khususnya umat Islam.


“Saya berharap kami boleh terus hidup aman dan harmoni bukan saja di Pantai Dalam, malah mana-mana bahagian di Malaysia selari dengan slogan 1Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar, di Pejabat Umno Bahagian Lembah Pantai, di sini, semalam.

Sidang akhbar berlangsung lebih setengah jam itu diaturkan Pejabat Umno Bahagian Lembah Pantai turut dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin; Imam Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi, Ekram Mohd Yusoff, Pengerusi Pekida Lembah Pantai, Zakaria Awang dan beberapa pemimpin persatuan tempatan lain.


Sementara itu, Raja Nong Chik berharap pihak tertentu tidak mensensasikan isu berkaitan agama bagi mengelak diputar belit pihak berkepentingan hingga mencetuskan suasana tidak selesa di dalam negara.

“Saya difahamkan isu ini sudah menular hingga ke Tenang (Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri, Tenang). Kita tidak mahu lagi ia diperbesarkan.


“Macam mana kalau media luar negara juga memainkan perkara sama, seolah-olah negara ini tidak selamat walaupun hakikatnya rakyat berbilang bangsa dan agama di Malaysia hidup dalam aman dan harmoni,” katanya.


Sementara itu, Zakaria berkata sebenarnya mereka buat demonstrasi sebelum ini berhubung isu itu tanpa arahan mana-mana pihak.


“Ini cuma desakan hati kami dan jiwa kami sebagai seorang Islam. Kami geram apabila azan dilarang, tetapi dia (Ng) mengaku kesilapan, kami pun memaafkan dia secara terbuka,” katanya.


Psst : Kita Semua rakyat malaysia kan.. Semua bangsa ada agama masing-masing... study study
Team Blogger Crew
Team Blogger Crew
Admin

Posts : 148
Reputation : 27
Join date : 06/01/2011
Age : 34
Location : KL

http://crewfathi.in-earth.org/

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum